
Assalamualaikum. Baru-baru ini kita semua telah digemparkan dengan berita pemergian seorang sahabat iaitu Yasmin Hunwick. Mula-mula aku pun tak kenal siapa arwah. Tapi disebabkan nama dia jadi trending diTwitter, aku pun Google lah pasal arwah. Baru ku tahu rupa-rupanya dia memang well-known di dunia Twitter cuma masa tu tak sampai kat aku lagi.Ada orang cakap arwah meninggal sebab kena langgar lari (ini aku tak pasti sebab laporan berita kata, "... enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan..." yang mungkin memberi maksud pembawa van yang bertembung dengan arwah bersama rakan-rakan masih ada di tempat kemalangan. But then, again, there's a saying, "...Yasmin Hunwick accident motor dengan kawan-kawan dia. Mula-mula kereta langgar, semua terpelanting, and then van datang langgar lagi." So we may assume yang 'langgar lari' tu ialah kereta yang mula-mula tu.) Dengar cerita tentang Yasmin Hunwick (Yasmin J Hunwick atau nama sebenarnya, Yasmin Johan Eusoffe, 17 tahun, tinggal di Langkawi, Kedah) dah buat aku sebak, walaupun aku tak kenal dia. Menurut Princessmeenie : "Yasmin Hunwick is so pretty. Al-Fatihah to her. I saw she posted a photo on Instagram ''Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama di Alam Kubur." Mengikut tweet F▲RZ▲N▲ ▲UJI ( Twitter @heyitsfarzanaaa , saya andaikan dia rakan atau seseorang yang mengenali arwah) :"Yasmin hunwick dreamt that she's eating a scorpion before she died. (link pasal mimpi dia). Al-fatihah to Yasmin Hunwick. she posted this book 3 weeks ago before she died :( such a pretty girl she is."


Berikut pula ialah laporan dari Bernama :
Tiga remaja perempuan maut motosikal bertembung van
LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, danNur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.
"Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi," katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Yasmin dan dua lagi rakannya. Semoga keluarga arwah tabah menerima ujian dari Allah. Kita tak tahu bila giliran kita akan tiba. Entah dalam keadaan apa roh kita ditarik oleh malaikat. Oleh itu, sentiasa bersedia dan ingat kematian. Seram pulak bila sebut pasal mati ni. :
No comments:
Post a Comment